Selamat datang ke dunia telefon pintar! Anda pasti kagum dengan semua cara untuk mengatur dan terus berhubung dengan orang lain dan perkara yang paling penting bagi anda. Lihat petua-petua ini untuk permulaan yang lancar.
Telefon anda ibarat sebuah komputer kecil yang memberikan maklumat dan aplikasi yang banyak. Bergantung pada fungsi yang digunakan, ia mungkin menggunakan banyak kuasa. Rancang untuk mengecas telefon anda setiap malam supaya ia boleh digunakan untuk keesokan hari.
Telefon pintar anda secara dasarnya adalah telefon untuk membuat dan menjawab panggilan. Tetapi ia juga mempunyai papan kekunci untuk menghantar teks dan e-mel dan mempunyai kamera untuk mengambil foto dan video.
Bar status pada skrin utama anda memaparkan masa dan ikon yang memberitahu anda mengenai bateri telefon dan sambungan rangkaian anda.
Telefon pintar anda dicipta dengan banyak aplikasi menarik dan berguna, tetapi anda benar-benar boleh membuka kunci kuasanya dengan memasang aplikasi yang sesuai dengan gaya hidup anda. Pergi ke Play Store untuk menjelajah aplikasi percuma dan berbayar yang membantu anda menjadi lebih produktif, teratur, dimaklumkan, berhubung dan berhibur.
Play Store juga menawarkan muzik, filem, rancangan TV dan buku.
Anda membawa telefon anda sepanjang masa, dan kemalangan boleh berlaku; kadang-kadang telefon anda hilang. Oleh itu sediakan beberapa langkah keselamatan dan elakkan daripada terkilan jika anda terpisah daripada telefon anda.
Sediakan kunci skrin. Ini adalah langkah pertahanan anda yang pertama untuk memastikan maklumat sensitif anda selamat. Anda lebih suka nombor, bentuk, perkataan? Sediakan PIN, corak atau kata laluan yang diperlukan untuk membuka kunci telefon anda.
Kunci skrin tidak menghalang anda daripada segera menjawab panggilan atau mengakses kamera anda.
Paparkan maklumat anda sebagai pemilik. Pada skrin kunci, anda boleh memaparkan mesej “sila kembalikan” dengan tidak begitu menonjol dengan beberapa maklumat hubungan anda supaya jika telefon anda hilang, seseorang boleh memulangkannya kepada anda.
Mendayakan ciri telefon hilang. Untuk menghapuskan kebimbangan, sediakan ID Motorola anda sekarang. Selagi telefon anda dihidupkan dan mempunyai data atau sambungan Wi-Fi, anda boleh pergi ke www.motorola.com/support daripada komputer desktop dan:
Mengubah kertas dinding mungkin penyesuaian pertama yang anda lakukan, jangan berhenti di sini sahaja. Pastikan anda menjelajah Tetapan anda untuk menetapkan nada bunyi, saiz fon, keutamaan penggunaan data, keutamaan papan kekunci dan banyak lagi. Ini merupakan cara yang baik untuk mengetahui dengan lebih banyak keupayaan telefon anda sambil memperibadikannya untuk memenuhi keperluan anda.
Dalam kebanyakan aplikasi, anda boleh menyentuh
atau
untuk tetapan aplikasi khusus. Pastikan anda melihat pilihan yang disediakan juga untuk anda di sana.
Fahami penggunaan data anda. Perhatikan penggunaan data anda dan ketahui cara untuk memanfaatkannya. Lihat apl yang menggunakan jumlah data yang besar dan sesuaikan tetapannya jika anda mahu. Tetapkan amaran penggunaan dan had penggunaan supaya anda tidak melepasinya. Anda boleh menghentikan penyegerakan auto melalui sambungan data mudah alih anda daripada tetapan cepat dengan menogol pemutusan sambungan data.
Gunakan Wi-Fi untuk menjimatkan data mudah alih. Apabila anda menyambung kepada rangkaian Wi-Fi, data anda akan disegerakkan secara automatik melalui sambungannya dan bukan melalui sambungan data mudah alih anda yang akan menjimatkan data mudah alih untuk ketika anda memerlukannya. Daripada tetapan cepat, togol sambungan Wi-Fi kepada hidup.
Beritahu telefon anda apa yang perlu dilakukan. Gunakan telefon anda secara bebas tangan dengan perintah suara. Beritahu telefon untuk menavigasi anda, dan dengari arah tuju sambil anda memandu--malah ia juga akan mengubah laluan anda jika anda tersasar dari haluan.. Beritahu telefon untuk menetapkan penggera, mencari maklumat di web serta membuat panggilan. Imlak, tak perlu menaip teks. Dan pastikan anda menggunakan ciri-ciri Moto Assist apl Memandu yang merangkumi pembacaan suara untuk panggilan masuk dan mesej teks.
Jangan sekali-kali terlepas peluang mengambil foto. Buka kamera secara automatik terus daripada kunci skrin anda. Hanya pusingkan telefon anda dua kali. Atau, sentuh
dan seret ia ke kiri, atau leret ke mana sahaja dari sebelah kanan pada kunci skrin. Anda boleh membuat sandaran foto dan video anda secara automatik menggunakan akaun Google anda atau dengan aplikasi perkongsian foto lain yang tersedia daripada Play Store.
Simpan item anda. Telefon baharu anda mempunyai jumlah storan dalaman yang besar, oleh itu anda boleh menyimpan item terus di telefon anda, tidak perlu pada kad SD. Anda boleh membuka item yang disimpan dalam apl berkaitan, seperti Galeri untuk melihat foto dan video anda. Mudah sahaja untuk mengalihkan item yang disimpan pada telefon anda ke dalam komputer menggunakan kabel USB yang dibekalkan bersama dengan telefon anda.
Untuk lebih banyak ruang storan, serta keupayaan untuk mengakses media dan fail anda dari mana-mana peranti yang mempunyai sambungan Internet (telefon, komputer, tablet), telefon baru anda memberi anda akses kepada storan awan. Akaun Google anda memberi anda storan awan percuma pada Drive, yang mempunyai aplikasinya sendiri dan juga tersedia daripada menu
di seluruh aplikasi lain.
Apabila anda mengetahui yang anda akan mempunyai sambungan yang lemah atau tiada sambungan, banyak aplikasi membolehkan anda mengepin item awan, menyimpannya untuk sementara di telefon anda. Anda boleh membuka pin apabila selesai supaya memori telefon tidak digunakan.
Hotspot Wi-Fi. Anda boleh berkongsi sambungan data telefon anda sebagai hotspot Wi-Fi atau terus menambat telefon anda kepada komputer untuk mengakses Internet. Jika anda mempunyai peranti lain yang memerlukan sambungan Internet (contohnya komputer riba, tablet atau telefon lain), anda boleh menggunakan telefon anda sebagai hotspot Wi-Fi.
Tetapkan semula telefon. Sekiranya telefon anda tidak responsif, kaku, memaparkan skrin kosong atau hitam, atau tidak bergerak balas terhadap butang Kuasa, anda boleh memulakannya semula dengan memaksa tetapan semula. Tekan dan tahan butang Kuasa selama 7 - 10 saat. Telefon akan dimulakan semula dan dibut semula seperti biasa.