Ubah jenis kunci skrin

Untuk mengubah jenis keselamatan yang diperlukan untuk membuka kunci telefon anda setelah ia tidur:

  1. Pergi ke Tetapan > Keselamatan.
  2. Sentuh Kunci skrin dan pilih jenis kunci yang anda inginkan:

    • Tiada: Mematikan kunci skrin.
    • Leret: Menghalang dailan tidak sengaja tetapi tidak memastikan telefon selamat. Leret ke atas. Jangan pilih ini jika anda mahu menggunakan peranti Bluetooth yang dipercayai.

    • Corak: Lukis corak pada grid.
    • PIN: Masukkan empat hingga enam belas digit kod angka.
    • Kata laluan: Masukkan empat hingga enam belas huruf, digit atau simbol untuk kata laluan.
    PetuaBeberapa pilihan ini tidak tersedia jika anda menambah VPN atau akaun e-mel (korporat) kerja kepada telefon anda.

Membuka kunci skrin anda secara automatik

Jika anda menggunakan PIN, kata laluan atau corak, permudahkan dengan Smart Lock:

Petua
  • Anda boleh meleret ke atas dari mana sahaja di skrin apabila anda membuka kunci skrin. Anda tidak perlu menyentuh ikon .
  • Beberapa pilihan Smart Lock tidak tersedia jika anda menambah VPN atau akaun e-mel (korporat) kerja kepada telefon anda.

Sembunyikan PIN, kata laluan atau corak anda

Anda boleh menyembunyikan PIN, kata laluan atau corak anda untuk menghalang orang lain daripada melihatnya semasa anda membuka kunci skrin anda.

  1. Pergi ke Tetapan > Keselamatan.
  2. Matikan Jadikan corak dapat dilihat atau Perlihatkan kata laluan.

Jika anda terlupa kunci skrin anda

Jika anda terlupa kunci skrin anda dan anda menyediakan ID Motorola, daripada komputer pergi ke motorola.com/support dan gunakan ciri telefon hilang untuk menetapkan semula kunci skrin anda.

Jika telefon anda menggunakan akaun Google, anda juga boleh menetapkan semula kunci skrin anda dengan pergi ke google.com/android/devicemanager daripada komputer.