Membuat panggilan

Anda boleh membuat panggilan daripada aplikasi Ponsel, aplikasi Kenalan atau lain-lain aplikasi atau widget yang memaparkan maklumat kenalan. Di mana sahaja anda lihat nombor telefon, biasanya anda boleh menyentuhnya untuk mendail.

Untuk membuat panggilan dengan aplikasi Ponsel:

  1. Lakukan salah satu yang berikut:

    • Daripada skrin kunci, leret ke kanan.
    • Sentuh .
  2. Lakukan mana-mana yang berikut:

    • Untuk mendail melalui suara, sentuh dan sebutkan nama atau nombor.
    • Untuk memanggil seseorang dengan nama, mula menaip nama. Anda akan melihat senarai padanan yang mungkin. Hanya sentuh satu nama untuk memanggil.
    • Untuk mendail nombor, sentuh , masukkan nombor dan sentuh . Jika anda memasukkan nombor yang salah, sentuh .

    • Untuk menatal melalui kenalan dan menyentuh nombor untuk memanggil, sentuh KENALAN. (Jika pendail terbuka, leret ke bawah untuk melihat tab KENALAN.)
    • Untuk menghubungi kenalan yang anda tandakan bintang, sentuh tab DAIL LAJU.
    • Untuk memanggil kembali, sentuh Terkini. Sentuh nama atau nombor pemanggil, kemudian sentuh Panggil balik.
Petua