Sambung dengan Wi‑Fi

Sesetengah rangkaian Wi-Fi adalah terbuka dan anda boleh terus menyambungkan telefon anda kepadanya untuk melayari Internet. Rangkaian Wi-Fi lain mempunyai ciri keselamatan yang memerlukan kata laluan atau sijil digital supaya hanya pengguna yang dibenarkan sahaja yang boleh menyambung.

Sambung ke rangkaian

Untuk mencari dan menyambung dengan rangkaian Wi-Fi yang tersedia:

  1. Buka tetapan cepat dan sentuh Wi‑Fi.
  2. Hidupkan Wi-Fi.
  3. Sentuh rangkaian Wi-Fi yang anda ingin sambung.
  4. Jika rangkaian tersebut selamat, masukkan kata laluan.

Apabila telefon anda disambungkan, muncul dalam bar status. Jika sambungan lemah, kelihatan dalam bar status.

Sambung semula dengan rangkaian

Buka tetapan cepat dan sentuh ikon jika Wi-Fi belum dihidupkan. ( bermakna Wi-Fi dihidupkan. bermakna Wi-Fi dimatikan.) Telefon anda menyambung secara automatik ke rangkaian Wi-Fi yang disambungkan sebelumnya apabila anda berada dalam lingkungan.

Matikan Wi-Fi

Untuk memanjangkan hayat bateri anda antara pengecasan, matikan Wi-Fi apabila anda tidak berada pada lokasi yang mempunyai akses kepada Wi-Fi.

Buka tetapan cepat dan sentuh untuk mematikannya.