Tentang pilihan storan

Aplikasi disimpan dalam storan dalaman telefon anda. Fail yang anda muat turun daripada e-mel atau Internet juga disimpan di sana. Anda boleh menyimpan foto, video dan muzik dalam storan dalaman. Atau, untuk mengakses fail anda dari mana-mana tempat yang mempunyai sambungan Internet, simpannya dengan perkhidmatan awan.

Storan dalaman

Anda boleh menyimpan foto, video, muzik dan fail lain pada telefon anda.

Kelebihannya termasuklah:

  • Akses segera ke fail anda
  • Tiada sambungan Internet diperlukan - tidak menggunakan data mudah alih atau Wi-Fi
  • Lebih kawalan ke atas privasi

Fail boleh dialih dalam memori telefon atau dipindahkan ke komputer menggunakan kabel USB.

Storan awan

Awan adalah sesuai untuk menyimpan fail yang anda mahu kongsi dan akses di mana-mana, seperti foto, video dan muzik.

Kelebihannya termasuklah:

  • Akses fail anda daripada mana-mana komputer atau peranti mudah alih dengan sambungan Internet - menggunakan data mudah alih atau Wi-Fi
  • Penyelarasan fail - tidak perlu menjejaki berbilang versi dalam berbilang lokasi storan
  • Ideal untuk sandaran foto dan video

Penyedia storan awan biasanya menawarkan storan percuma yang boleh dikembangkan dengan langganan berbayar sebaik sahaja anda mencapai had storan percuma. Atau anda boleh uruskan storan percuma anda dengan mengalih keluar fail yang tidak lagi diperlukan untuk memberi ruang kepada fail baru.

Aplikasi seperti Drive dan Google+ membolehkan anda membuat sandaran media dengan mudah ke folder peribadi dengan muat naik automatik.