Anda melihat skrin utama apabila anda menghidupkan dan membuka kunci telefon anda atau menyentuh
.
Anda boleh menambah lebih banyak halaman ke kanan jika perlu. Untuk menambah halaman, seret pintasan aplikasi atau widget ke penjuru halaman sedia ada dan letakkannya pada halaman baru.
Leret ke kanan atau ke kiri untuk bergerak antara halaman.
Berikut adalah bahagian-bahagian skrin utama anda:

.
mengundurkan anda satu skrin ke belakang.
mengembalikan anda ke skrin utama dari mana-mana apl.
membolehkan anda bertukar antara apl terkini. Jika anda tidak sering menggunakan butang ini, ia mungkin akan mengecil menjadi titik atau resap lenyap, bergantung kepada apl semasa. Untuk mengembalikannya, sentuh lokasinya.
Apabila telefon berada dalam mod Penjimat Bateri, bahagian atas (bar status) dan bawah (butang navigasi) skrin utama bertukar jingga.
Jika anda mahu penampilan dan sentuhan serba baru bagi skrin utama, anda boleh menggunakan pelancar yang berlainan. Untuk pengubahsuaian yang kurang drastik, hanya tukar kertas dinding.