Istilah yang anda perlu tahu

aplikasi
Perisian yang anda boleh muat turun untuk fungsi yang ditambah, seperti permainan, aplikasi e-mel, pengimbas kod bar dan banyak lagi. Sesetengah aplikasi sudah ada di telefon anda, dan banyak lagi yang boleh dimuat turun dari kedai aplikasi telefon anda.
bar status
Bar nipis di bahagian atas skrin utama anda yang memaparkan masa dan ikon yang memberitahu anda tentang bateri telefon dan sambungan rangkaian anda. Apl memaparkan ikon dalam bar status untuk memaklumkan anda tentang acara, seperti mesej baharu.
Bluetooth™
Anda boleh gunakan teknologi wayarles jarak dekat untuk menyambung peranti ke peranti dan aksesori berkeupayaan Bluetooth lain yang berdekatan, seperti fon kepala, pembesar suara, pencetak dll. Gunakan Bluetooth untuk membuat panggilan bebas tangan di fon kepala atau di dalam kereta anda, mendengar muzik pada pembesar suara wayarles, menggunakan tetikus atau papan kekunci wayarles atau mencetak dokumen di dalam bilik yang lain. Sediakan Bluetooth.
data
Maklumat dihantar atau diterima daripada telefon anda selain daripada panggilan dan mesej teks. Anda boleh menggunakan data apabila anda mengakses Internet, menyemak e-mel anda, bermain permainan, menggunakan aplikasi dan banyak lagi. Tugas latar belakang, seperti penyegerakan atau perkhidmatan lokasi, juga boleh menggunakan data.
GPS
Sistem Kedudukan Global. Sistem berasaskan satelit global bagi menentukan lokasi tepat di Bumi.Dengan GPS, telefon anda menjadi navigator anda semasa memandu dan pekerja rencam anda semasa anda mencari tempat makan, tayangan filem atau secawan kopi yang berdekatan.
hotspot mudah alih
Peranti atau aplikasi yang membolehkan anda berkongsi sambungan data mudah alih anda dengan berbilang peranti melalui Wi-Fi. Anda boleh menyambung peranti yang berbeza pada hotspot anda, termasuklah komputer buku, komputer netbook, pemain MP3, kamera, Telefon pintar dan sistem permainan mudah alih. Bilangan peranti yang boleh menyambung pada satu masa bergantung pada pembawa anda dan kelajuan sambungan.
Kad SD
Kad Digital Selamat (SD). Kad memori kecil, berkapasiti tinggi dan boleh dialih keluar yang digunakan dalam peranti kecil mudah alih seperti telefon mudah alih, tablet dan kamera digital.
Kad SIM
Kad Modul Identiti Pelanggan (SIM). Kad yang menyimpan dengan selamat maklumat yang pembawa anda gunakan untuk mengesahkan telefon anda pada rangkaian selular.
kemas kini perisian
Kemas kini bagi sistem operasi telefon anda yang biasanya termasuk ciri baru dan pembaikan masalah yang dilaporkan. Kemas kini dimuat turun ke telefon anda secara wayarles tanpa sebarang kos tambahan anda.
Mel Suara Visual
Aplikasi yang membenarkan anda melihat senarai mesej mel suara anda dan menguruskannya tanpa perlu mendail ke sistem mel suara biasa. Anda boleh mendengar, membalas, memadam dan mengarkibkan mesej anda. Anda juga boleh panggil balik, hantar teks dan tambah kenalan baru.
Mod kapal terbang
Mod membolehkan akses ke fungsi bukan wayarles peranti (cth., muzik, permainan dll.), sambil melumpuhkan fungsi radio wayarles yang diharamkan di dalam kapal terbang semasa penerbangan.
NFC
Teknologi wayarles yang memindahkan maklumat antara dua peranti yang serasi. Ketik peranti bersama-sama untuk berkongsi alamat web, maklumat kenalan, aplikasi, lokasi GPS dan banyak lagi.
pemberitahuan
Amaran daripada telefon anda atau aplikasi pada telefon anda. Telefon anda memaparkan ikon dalam bar status untuk memberitahu anda tentang mesej baharu, acara kalendar dan penggera. Ikon juga menandakan status berterusan, seperti sambungan kepada rangkaian Wi-Fi.
penggunaan data
Jumlah data yang telefon anda muat naik atau muat turun melalui rangkaian selular/mudah alih semasa tempoh yang diberikan. Bergantung pada pelan anda dengan pembawa, anda mungkin akan dikenakan bayaran tambahan apabila penggunaan data anda melebihi had bulanan pelan anda.
pintasan
Ikon yang anda boleh tambah ke skrin utama anda bagi membolehkan anda membuka aplikasi dengan cepat. Cipta pintasan untuk aplikasi yang anda kerap guna.
Play Store
Kedai Google adalah tempat untuk anda muat turun aplikasi, buku, wayang dan muzik. Pilih daripada pelbagai buku atau aplikasi percuma; beli daripada pilihan yang lebih banyak.
rangkaian selular atau rangkaian mudah alih
Rangkaian menara pemancar radio. Anda boleh membuat panggilan pada telefon anda menggunakan gelombang radio yang dihantar antara telefon dan menara rangkaian. Anda juga boleh menghantar data dan mengakses Internet pada rangkaian ini. Pembawa menggunakan teknologi berlainan untuk mengendalikan pemancaran radio ini (GSM, CDMA, Edge, 3G, 4G, LTE, HSPA, iDEN).
segerakkan
Proses berkongsi maklumat sama merentasi berbilang peranti dan tapak web. Kenalan, kalendar dan e-mel kerap disegerakkan melalui perkhidmatan awan, jadi anda boleh masukkan maklumat pada satu peranti dan mengaksesnya melalui yang lain.
widget
Elemen yang anda boleh tambah ke skrin utama anda yang memberikan anda akses cepat ke maklumat atau tugas kerap. Contohnya, widget boleh memberikan kemas kini cuaca, acara kalendar akan datang dan keupayaan untuk menghidupkan dan mematikan Wi-Fi dengan cepat atau melaraskan kecerahan skrin anda. Banyak yang telah siap dipasang pada telefon anda. Apl yang anda muat turun mungkin turut menyertakan widget.
Wi‑Fi
Teknologi wayarles jarak dekat yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi kepada peranti data wayarles. Kebanyakan lokasi menawarkan sambungan Wi-Fi termasuk lapangan terbang, hotel, restoran dan banyak lagi. Menggunakan sambungan Wi-Fi berbanding rangkaian mudah alih anda boleh membantu mengurangkan penggunaan data mudah alih anda. Berhati-hati dengan sesetengah sambungan Wi-Fi awam yang mungkin tidak selamat. Anda harus bersambung kepada sambungan yang anda percayai sahaja dan menggunakan sejenis keselamatan Internet pada peranti anda. Sediakan Wi-Fi.
Ciri-ciri, perkhidmatan dan aplikasi tertentu bergantung kepada rangkaian atau pembawa dan mungkin tidak tersedia di semua kawasan.