Gunakan Mod pesawat

Mod pesawat mematikan semua sambungan wayarles, menghalang telefon anda daripada memancarkan isyarat yang boleh mengganggu komunikasi kapal terbang.

Buka tetapan cepat dan sentuh untuk menghidupkan mod pesawat. Ini melumpuhkan semua sambungan wayarles (Wi‑Fi, suara dan data untuk panggilan dan mesej teks, Bluetooth). Anda boleh hidupkan semula Wi‑Fi dan/atau Bluetooth semasa penerbangan jika syarikat penerbangan anda membenarkannya. Sambungan wayarles lain kekal dimatikan.