Buat semula skrin utama anda dengan pelancar

Menukar penampilan dan sentuhan keseluruhan skrin utama anda adalah mudah. Hanya pilih dan muat turun aplikasi pelancar baru. Tukar semula kepada penampilan dan sentuhan standard pada bila-bila masa. Pelancar selalunya menyertakan set kertas dinding baru, gerak isyarat baru untuk berinteraksi dengan telefon anda dan unsur boleh suai bagi skrin utama anda.

Dapatkan pelancar baru

  1. Cari “pelancar” dalam Play Store.
  2. Baca seluruh pilihan dan muat turun satu pelancar (atau lebih) yang anda kehendaki.
  3. Untuk mula menggunakannya, buka aplikasi atau ikuti arahan pada skrin selepas memuat turun.

Bertukar antara pelancar

  1. Pergi ke Tetapan > Skrin Utama.
  2. Pilih pelancar yang anda ingin gunakan.

Memadam pelancar

Anda hanya boleh memadamkan pelancar yang anda telah pasang.

  1. Pergi ke Tetapan > Skrin Utama.
  2. Sentuh di sebelah pelancar.

    Ini akan menyahpasang aplikasi tersebut.