Tambah pintasan aplikasi

Jika anda kerap menggunakan aplikasi, tambah pintasan kepada skrin utama anda untuk akses satu sentuhan.

Untuk menambah pintasan aplikasi ke skrin utama anda:

  1. Sentuh .
  2. Sentuh & tahan aplikasi yang anda mahu.
  3. Apabila pintasan baharu muncul, lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Seretnya ke ruang kosong pada skrin utama anda.
    • Atau seretnya ke pinggir skrin dan lepaskannya pada panel skrin utama baharu.