Melihat pemberitahuan
Apabila anda menerima mesej baharu, peringatan kalendar, panggilan tidak dijawab atau pemberitahuan lain, anda akan melihatnya pada skrin kunci anda dan pada skrin utama anda.
Anda juga boleh mendengar bunyi apabila pemberitahuan tiba, bergantung pada tetapan pemberitahuan anda.
Lihat pemberitahuan dari mana-mana skrin
Anda melihat pemberitahuan anda terus pada skrin kunci anda atau apabila anda meleret bar status ke bawah pada mana-mana skrin. Dari sana anda boleh:
- Memberi respons kepada pemberitahuan. Dari skrin kunci anda, dwisentuhnya dan masukkan PIN, corak atau kata laluan anda untuk membuka kunci skrin anda dan membuka aplikasi berkaitan. Dari pemberitahuan bar status, sentuhnya untuk membuka aplikasi berkaitan. Sesetengah pemberitahuan menyertakan tindakan di bahagian bawah yang membolehkan anda melengkapkan tugas biasa tanpa perlu membuka aplikasi penuh.
- Mengembangkan pemberitahuan. Tindakan untuk pemberitahuan tersembunyi jika anda mempunyai banyak pemberitahuan. Seret pemberitahuan ke bawah untuk mendedahkan sebarang tindakan.
- Menutup pemberitahuan. Leretkannya ke tepi.
- Kosongkan semua pemberitahuan. Leret ke hujung pemberitahuan anda dan sentuh
. Sesetengah pemberitahuan, seperti mel suara, memerlukan tindakan dan tidak boleh diketepikan.
PetuaUntuk mematikan pemberitahuan daripada aplikasi, sentuh & tahan pemberitahuan, kemudian sentuh

dan hidupkan
Sekat.
Uruskan pemberitahuan keutamaan tinggi
Jika anda menggunakan aplikasi dan pemberitahuan keutamaan tinggi tiba (seperti panggilan masuk atau penggera), satu pemberitahuan kecil timbul sekejap di atas aplikasi semasa anda supaya anda boleh mengambil tindakan:
- Untuk menutupnya dengan segera, leret ke tepi.
- Untuk menyimpannya ke dalam pemberitahuan anda untuk dilihat kemudian, leret ke atas.
Cara lanjutan untuk mendapat pemberitahuan
Anda boleh pratonton dan membuka pemberitahuan semasa skrin anda mati, malah dari skrin berkunci, dengan Moto Display. Dan apabila anda berada jauh dari telefon anda, anda boleh menghantar pemberitahuan dan mesej kepada pelayar komputer Chrome anda dengan Motorola Connect.