Ambil dan berkongsi foto

Menangkap detik-detik sebelum ia berlalu. Buka kamera anda di bawah dua saat dengan dua pusingan telefon anda, walaupun dari skrin dikunci. Dan apabila anda sudah bersedia untuk menangkap, sentuh skrin pemidang tilik di mana sahaja untuk menangkap gambar. Kamera anda mempunyai ciri dan tetapan yang menyediakan foto yang lebih jelas, lebih terperinci dan lebih bertenaga.

Anda juga boleh ambil dan kongsi petikan skrin.

Ambil foto

  1. Buka kamera:

    • Pusingkan telefon anda dua kali dari mana-mana skrin untuk segera membuka kamera.
    • Atau, sentuh > Kamera.
  2. Bingkaikan subjek anda:

    • Untuk bertukar antara kamera menghadap depan dan menghadap belakang, sentuh .
    • Untuk mengezum, seret pemidang tilik ke atas dan ke bawah.
    • Untuk menukar lokasi fokus, seret pengatup untuk menetapkan fokus. (Anda perlu menghidupkan terlebih dahulu dalam tetapan kamera.)
    • Untuk menukar dedahan, leret kawalan pada bulatan untuk mencerahkan atau menggelapkan syot.

  3. Sentuh pemidang tilik di mana sahaja untuk menangkap foto.

    Petua
    • Untuk menangkap berterusan, sentuh & tahan pemidang tilik; tangkapan anda akan dikira pada pengatup.
    • Jika foto kelihatan kabur, bersihkan kanta dengan kain lembut, kering dan ambil semula foto.
  4. Leret pemidang tilik ke sebelah kiri untuk menyemak foto dan video anda:

    • Untuk kembali ke Galeri dari imej atau video yang dibuka, sentuh skrin, kemudian sentuh .
    • Untuk membuka Galeri dari skrin utama anda, sentuh > Galeri.
    • Anda juga boleh melihat foto menggunakan apl Foto atau apl foto yang anda pasang.

Laraskan tetapan kamera

Untuk mengubah tetapan, leret pemidang tilik ke kanan dan luncurkan roda untuk melihat pilihan. Untuk menutup tetapan, leret ke kiri.

Mod HDR untuk kontras tinggi
Denyar
Fokus dan dedahan
Resolusi (skrin lebar atau standard)
Pemasa
Mod Panorama
Lokasi
Bunyi pengatup
Pusingkan untuk membuka (dayakan/lumpuhkan gerak isyarat)

Beritahu telefon anda untuk mengambil foto

Jika anda telah menyediakan Moto Voice, anda boleh beritahu telefon anda untuk mengambil foto:

  1. Sebutkan ungkapan pelancar anda.
  2. Sebut salah satu yang berikut:

    • “Ambil foto.” Kamera menghadap ke belakang akan terbuka dan mengira detik sebelum mengambil gambar.
    • “Take a selfie.” Kamera menghadap ke depan akan terbuka dan mengira detik sebelum mengambil gambar.

Kongsi foto yang baru sahaja anda ambil

  1. Leret skrin pemidang tilik ke kiri, dan sentuh foto untuk berkongsi.
  2. Sentuh .
  3. Pilih cara berkongsi yang anda inginkan.

Anda juga boleh: