Gunakan pemasa kamera

Kamera menyertakan pemasa yang membolehkan anda menangkap foto secara automatik selepas beberapa saat pengiraan detik. Pilihan ini tersedia untuk kedua-dua kamera depan dan belakang.

PetuaGunakan tripod meja untuk menstabilkan telefon apabila mengambil syot bermasa.

Untuk mengambil foto bermasa:

  1. Leret pemidang tilik ke kanan untuk melihat roda tetapan.
  2. Sentuh dan pilih 3s atau 10s.
  3. Bingkaikan syot anda dan apabila anda sudah bersedia, sentuh di mana sahaja pada pemidang tilik untuk memulakan pengiraan detik.
  4. Ambil tempat anda dalam syot (jika anda mengambil selfie, tunggu sahaja) dan senyum!