Mengambil foto panorama

Kamera termasuk mod Panorama yang membolehkan anda mencipta satu imej dengan menyorot merentasi pemandangan.

Untuk mengambil foto panorama:

  1. Leret pemidang tilik ke kanan untuk melihat roda tetapan.
  2. Sentuh untuk menghidupkan mod Panorama.
  3. Tangkap satu bahagian pemandangan untuk panorama anda.
  4. Sentuh skrin di mana-mana sahaja dan apabila digesa, perlahan-lahan mula menyorot merentasi pemandangan. Pastikan pergerakan anda lancar dan menggunakan kelajuan yang stabil.
  5. Apabila anda sampai ke hujung pemandangan, sentuh .