Buka kunci telefon di tempat yang dipercayai

Untuk mengelakkan berulang-kali membuka kunci telefon anda apabila anda berada di lokasi biasa dan dipercayai (seperti rumah atau pejabat), gunakan Smart Lock. Anda masih boleh mengunci telefon secara manual di tempat dipercayai apabila perlu.

Sediakan tempat dipercayai

  1. Pastikan anda telah:

    • Tetapkan kunci skrin pada telefon.
    • Menghidupkan perkhidmatan lokasi.
    • Memasukkan lokasi Rumah dan Pejabat anda dalam Peta ( > Tetapan > Edit rumah atau tempat kerja) jika mahu.
  2. Pergi ke Tetapan.
  3. Sentuh Keselamatan > Smart Lock > Tempat yang dipercayai.

    Petua

    Jika anda tidak nampak Smart Lock, cuba langkah yang berikut:

    • Kemas kini perkhidmatan Google Play. Di dalam widget Carian Google pada skrin utama anda, cari “perkhidmatan Google Play”, kemudian sentuh View on Google Play.
    • Pergi ke Tetapan > Keselamatan > Trust agents dan dayakan Smart Lock.
  4. Sediakan tempat anda:

    • Jika anda menambah lokasi Rumah atau Pejabat dalam Peta, sentuh nama lokasi untuk menghidupkannya jika mahu.
    • Untuk menambah lokasi, sentuh Tambah tempat dipercayai. Sahkan lokasi semasa anda untuk menambahnya atau sentuh , taipkan alamat untuk menambah dan sentuh Pilih lokasi ini.

Kunci telefon secara manual

Untuk mengunci telefon anda apabila anda berada di tempat dipercayai, pada skrin kunci, sentuh . Telefon sentiasa terkunci sehingga anda membuka kuncinya secara manual.

Alih keluar tempat yang dipercayai

  1. Pergi ke Tetapan.
  2. Sentuh Keselamatan > Smart Lock > Tempat yang dipercayai.
  3. Alih keluar lokasi daripada senarai tempat-tempat yang dipercayai:

    • Untuk lokasi Rumah atau Pejabat anda dalam Peta, sentuh nama lokasi untuk mematikannya. Untuk mengalih keluar seluruh alamat, anda mesti mengalihnya keluar dalam Peta.
    • Untuk tempat tersuai yang anda tambah, sentuh nama lokasi, kemudian sentuh Alih keluar.