Gunakan perkhidmatan lokasi dan GPS
Anda boleh membenarkan telefon anda menggunakan GPS, rangkaian Wi-Fi dan rangkaian mudah alih untuk menganggarkan lokasi anda. Aplikasi yang mempunyai kebenaran anda boleh menggunakan maklumat ini untuk memberikan perkhidmatan berdasarkan lokasi, seperti keupayaan untuk mendaftar masuk, melihat trafik ulang-alik, mencari restoran berdekatan atau mengetag foto anda dengan lokasi di tempat anda mengambilnya.
Untuk mengawal maklumat lokasi yang telefon anda boleh gunakan:
- Pergi ke Tetapan > LOKASI.
- Hidupkan atau matikan suis untuk memberi atau mengalih keluar kebenaran bagi menggunakan maklumat lokasi anda. Apabila suis dimatikan, telefon anda tidak dapat mencari lokasi tepat anda atau berkongsinya dengan mana-mana aplikasi. Namun, mematikan ini akan melumpuhkan banyak ciri dan aplikasi yang berguna.
Sentuh Mod dan pilih cara untuk menganggarkan lokasi anda:
- Kejituan tinggi menggunakan GPS, Wi-Fi, rangkaian mudah alih dan perkhidmatan lokasi Google untuk mendapatkan lokasi yang paling tepat.
- Penjimatan bateri menggunakan sumber lokasi kurang intensif bateri (Wi-Fi, rangkaian mudah alih dan perkhidmatan lokasi Google).
- Penderia peranti sahaja menggunakan GPS sahaja. Mod ini akan menggunakan lebih banyak kuasa bateri dan mengambil masa yang lama.
Aplikasi yang menggunakan lokasi anda
Untuk melihat aplikasi yang baru-baru ini mengakses lokasi anda:
- Pergi ke Tetapan > LOKASI.
- Di bawah PERMINTAAN LOKASI TERBAHARU, semak senarai aplikasi yang baru-baru ini menerima lokasi anda. Setiap aplikasi menunjukkan sama ada ia menggunakan sumber bateri yang tinggi atau rendah untuk menerima maklumat lokasi.
- Untuk menyahpasang salah satu aplikasi atau menukar tetapannya, sentuh aplikasi tersebut dalam senarai.