Anda melihat skrin utama apabila anda menghidupkan dan membuka kunci telefon anda atau menyentuh .
Skrin utama anda melangkaui skrin permulaan. Leret ke kanan atau kiri untuk melihat halaman tambahan.
Berikut adalah bahagian-bahagian skrin utama anda:
Bar status: Memaparkan masa dan ikon yang memberitahu anda tentang bateri dan sambungan rangkaian telefon anda. Leret ke bawah untuk ke tetapan anda dan suis togol berguna.
Widget: Anda boleh menambah widget pada skrin utama untuk akses cepat ke maklumat atau tugas yang kerap.
Pintasan: Membuka aplikasi atau laman web. Anda boleh menambah pintasan pada aplikasi yang anda kerap gunakan, selain membuka dan menatal melalui senarai semua aplikasi.
Talam kegemaran: Menyediakan akses satu sentuhan untuk aplikasi yang paling banyak digunakan dari mana-mana halaman skrin utama. Untuk membuka senarai semua aplikasi anda, sentuh .
Navigasi: mengundurkan anda satu skrin ke belakang. mengembalikan anda ke skrin utama dari mana-mana aplikasi. membolehkan anda bertukar antara aplikasi terkini.
Folder: Tambah folder untuk mengatur pintasan aplikasi.