Mencari tetapan telefon
Tetapan yang anda kerap laraskan, seperti menogol untuk Wi-Fi dan Bluetooth, adalah tetapan cepat, mudah untuk sampai daripada mana-mana skrin. Anda juga boleh membuka senarai penuh semua tetapan apabila anda memerlukannya.
Membuka tetapan cepat
Untuk membuka tetapan cepat anda, lakukan satu daripada yang berikut:
- Leret ke bawah dengan dua jari dari bahagian atas mana-mana skrin.
- Leret ke bawah dengan satu jari dari bahagian atas mana-mana skrin untuk membuka pemberitahuan anda. Kemudian sentuh
.
Membuka semua tetapan
Untuk membuka senarai penuh semua tetapan, lakukan satu daripada yang berikut:
- Buka tetapan cepat dan kemudian sentuh TETAPAN.
- Sentuh
> Tetapan.
Mengenai tetapan cepat
Daripada tetapan cepat anda boleh:
- Menogol sambungan hidup/mati. Laraskan Wi-Fi, Bluetooth, perkhidmatan berasaskan lokasi dan Mod pesawat. Sentuh & tahan salah satu untuk menghidupkan/mematikan dengan cepat. Atau, sentuh salah satu untuk menyemak tetapan yang berkaitan.
- Melihat pemberitahuan. Sentuh
. - Mengubah tarikh dan masa. Sentuh masa dan laraskan tetapan jika perlu.
- Lihat fungsi yang paling banyak menggunakan kuasa bateri. Sentuh ikon bateri.
- Menyemak dan melaraskan penggunaan data anda. Sentuh nama pembawa anda.
- Melaraskan tetapan lain. Sentuh TETAPAN untuk melihat semua tetapan telefon.
Jika anda melihat gambar berikut, maka anda belum menyediakan profil pemilik. Sentuh
> Orang > Sediakan profil saya.
