Melihat pemberitahuan
Apabila anda menerima mesej baru, peringatan kalendar, panggilan tidak dijawab atau pemberitahuan lain, bar status di bahagian atas skrin menunjukkan ikon pemberitahuan atas sebelah kiri. Di sebelah kanan, anda akan melihat kekuatan isyarat, tahap bateri dan ikon status telefon yang lain.

Anda juga boleh mendengar bunyi apabila pemberitahuan tiba, bergantung kepada tetapan pemberitahuan anda.
Lihat pemberitahuan dari skrin utama anda
Untuk melihat pemberitahuan anda, leret bar status ke bawah. Kemudian anda boleh:
- Memberi respon kepada pemberitahuan. Sentuhnya untuk membuka aplikasi yang berkaitan. Sesetengah pemberitahuan (Gmail, acara kalendar dll.) termasuk tindakan di bahagian bawah yang membolehkan anda menyiapkan tugas biasa tanpa membuka aplikasi sepenuhnya.
- Mengembangkan pemberitahuan. Tindakan untuk pemberitahuan tersembunyi jika anda mempunyai banyak pemberitahuan. Cubit keluar dengan dua jari untuk mendedahkan sebarang tindakan.
- Menutup pemberitahuan. Leretkannya ke tepi.
- Kosongkan semua pemberitahuan. Sentuh
.
PetuaUntuk mematikan pemberitahuan daripada aplikasi, sentuh & tahan pemberitahuan, kemudian sentuh Maklumat aplikasi dan buang semak Tunjukkan pemberitahuan.