Gunakan Google Now

Google Now memberikan kad tersuai, berdasarkan maklumat daripada perkhidmatan Google anda (lokasi, carian, sejarah web, Gmail, dan acara kalendar) dan daripada produk pihak ketiga yang anda benarkan Google untuk akses.

Contohnya, lihat skor pasukan anda pada hari pertandingan atau cari restoran popular semasa anda melancong.

Menyediakan kad

Anda perlu mempunyai akaun Google pada telefon anda untuk menggunakan Google Now.

  1. Sentuh > Google.
  2. Sentuh Get Now cards.
  3. Ikuti arahan pada skrin.
  4. Dayakan perkhidmatan lokasi untuk mendapatkan kad berdasarkan lokasi, seperti cuaca dan trafik ulang-alik.

Lambat-laun, Google Now akan mula memberikan pemberitahuan dan kad tersuai.

Gunakan kad

Apabila anda telah menyediakan kad, anda boleh:

  • Lihat kad pada bila-bila masa. Apabila telefon dibuka kunci, leret skrin utama ke kanan atau leret ke atas dari bar navigasi di bahagian bawah mana-mana skrin.

  • Lihat kad daripada pemberitahuan. Apabila kad dikemas kini, anda menerima pemberitahuan. Leret bar status ke bawah dan sentuh pemberitahuan untuk membukanya atau leretkannya mendatar untuk tutup.
  • Dapatkan butiran atau buat sesuatu. Anda boleh sentuh beberapa kad untuk mendapatkan butiran lanjut atau berbuat sesuatu, seperti mendaftar masuk ke restoran.
  • Tutup kad. Apabila anda selesai dengan kad, leretkannya secara mendatar.

Matikan kad

  1. Pada skrin Google Now, sentuh > Tetapan > Kad Now.
  2. Matikan Tunjukkan kad.

Bantuan selanjutnya

Untuk mengetahui selanjutnya, sentuh > Bantuan.