Tambah akaun Google

Apabila anda menyediakan telefon anda, anda akan diprom untuk menambah akaun Google. Jika anda melangkau langkah ini, pastikan anda sediakan sekarang supaya anda boleh memuat turun aplikasi daripada Play Store, menggunakan Google Now, dan memanfaatkan sepenuhnya Kalendar, Gmail, dan aplikasi lain yang disertakan dengan akaun anda.

Untuk menambah akaun Google:

  1. Pergi ke Tetapan.
  2. Sentuh Akaun > Tambah akaun.
  3. Sentuh Google dan ikuti arahan pada skrin untuk menambah akaun sedia ada atau mencipta akaun baharu.

Kalendar dan kenalan anda akan dikemas kini untuk menambah maklumat daripada akaun tersebut.

PetuaPastikan aplikasi anda dikemas kini. Untuk melihat sama ada versi aplikasi lebih baru dikaitkan dengan akaun Google sudah tersedia, sentuh > Play Store > > My apps & games.

Anda boleh mengawal kekerapan telefon anda menyegerakkan maklumat untuk akaun tersebut.