Selepas mencipta kenalan, anda boleh mengubah nama, foto dan lain-lain maklumat kenalan.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Jika anda mempunyai dua kenalan bagi orang yang sama, anda boleh gabungkan maklumat tersebut (termasuk semua e-mel dan nombor telefon) ke dalam satu senarai.
Sentuh kenalan utama untuk digabungkan.
Secara lalai, nama kenalan ini digunakan untuk senarai baru.
Sentuh nama kenalan untuk menambahnya.
Untuk membalikkan proses ini, buka kenalan yang digabungkan dan sentuh
. Kemudian sentuh
> Asingkan.
Anda boleh memadam kenalan yang diwujudkan dan disimpan pada telefon anda. Jika kenalan disegerakkan daripada akaun rangkaian sosial, anda perlu memadam kenalan dalam akaun tersebut. Contohnya, kenalan Facebook mesti dipadam daripada dalam akaun Facebook anda. Atau sembunyikan kenalan Facebook pada telefon anda dengan menapis senarai kenalan anda.