Isih dan tapis kenalan

Anda boleh mengisih kenalan mengikut nama pertama atau nama akhir. Pada tab SEMUA KENALAN, anda juga boleh menapis kenalan; secara lalai, semua kenalan daripada semua akaun anda ditunjukkan. Anda boleh mengecilkan pandangan untuk hanya memasukkan kenalan daripada satu akaun, satu kumpulan atau satu set kenalan tersuai. Dan untuk akses cepat kepada kumpulan kecil yang paling kerap anda hubungi, gunakan tab Kegemaran.

Ubah susunan paparan

  1. Sentuh > .
  2. Sentuh > Tetapan.
  3. Pilih cara mengisih kenalan (nama pertama atau akhir).
PetuaUntuk menukar susunan paparan pada tab KENALAN dalam aplikasi Ponsel, sentuh > Tetapan > Umum dan sentuh Isih mengikut.

Kecilkan kenalan yang ingin ditunjukkan

  1. Pada tab SEMUA KENALAN, sentuh > Kenalan untuk dipaparkan.
  2. Pilih satu:

    • Untuk memaparkan kenalan daripada satu akaun sahaja, sentuh akaun tersebut.
    • Untuk memaparkan subset kenalan daripada pelbagai akaun, sentuh Peribadikan dan pilih kenalan untuk dipaparkan daripada setiap akaun. Kemudian sentuh OK.

Kembalikan pandangan penuh semua kenalan

  1. Pada tab SEMUA KENALAN, sentuh > Kenalan untuk dipaparkan.
  2. Sentuh Semua kenalan.

Kosongkan senarai Kerap dihubungi

Pada tab Kegemaran, sentuh > Padam bersih kerap dihubungi.