Untuk mengubah jenis keselamatan yang diperlukan untuk membuka kunci telefon anda setelah ia tidur:
Sentuh Kunci skrin dan pilih jenis kunci yang anda inginkan:
Leret: Menghalang dailan tidak sengaja tetapi tidak memastikan telefon selamat. Leret
ke atas. Jangan pilih ini jika anda mahu menggunakan peranti Bluetooth yang dipercayai.
Jika anda menggunakan PIN, kata laluan atau corak, permudahkan dengan Smart Lock:
Anda boleh menyembunyikan PIN, kata laluan atau corak anda untuk menghalang orang lain daripada melihatnya semasa anda membuka kunci skrin anda.
Jika anda terlupa kunci skrin anda dan anda menyediakan ID Motorola, daripada komputer pergi ke motorola.com/support dan gunakan ciri telefon hilang untuk menetapkan semula kunci skrin anda.
Jika telefon anda menggunakan akaun Google, anda juga boleh menetapkan semula kunci skrin anda dengan pergi ke google.com/android/devicemanager daripada komputer.