Sambung dengan Wi‑Fi

Sesetengah rangkaian Wi-Fi adalah terbuka dan anda boleh terus menyambungkan telefon anda kepadanya untuk melayari Internet. Rangkaian Wi-Fi lain mempunyai ciri keselamatan yang memerlukan kata laluan atau sijil digital supaya hanya pengguna yang dibenarkan sahaja yang boleh menyambung.

Untuk memanjangkan hayat bateri anda antara pengecasan, matikan Wi-Fi apabila anda tidak berada pada lokasi yang mempunyai akses kepada Wi-Fi. Anda juga boleh menetapkan telefon anda untuk memutuskan sambungan rangkaian Wi-Fi secara automatik apabila telefon tidur.

Anda boleh memilih rangkaian Wi-Fi yang lebih digemari. Anda akan disambungkan kepada rangkaian yang lebih digemari secara automatik apabila anda berada dalam lingkungan.

Untuk mencari dan menyambung dengan rangkaian Wi-Fi yang tersedia:

  1. Pergi ke Tetapan dan sentuh .
  2. Hidupkan Wi-Fi.

  3. Sentuh rangkaian Wi-Fi yang anda ingin sambung.
  4. Jika rangkaian tersebut selamat, masukkan kata laluan.

Apabila telefon anda disambungkan, muncul dalam bar status.

global-ms-my-ms-my-3263-44 2014-10-15T12:08:07