Sementara telefon anda melahu pada dok atau pengecas, jadikannya bingkai foto untuk menunjukkan gambar anda, atau jam meja atau banyak lagi dengan pelindung skrin Lamunan. Muat turun apl daripada Play Store untuk melihat lebih banyak pilihan.
Untuk pratonton pilihan anda, sentuh MULAKAN SEKARANG. Sentuh skrin di mana-mana (buka kunci jika perlu) untuk kembali ke tetapan Lamunan.
Lamunan akan mula secara automatik pada masa seterusnya anda menyambung telefon anda ke dok atau pengecas, semasa skrin mula tidur.
Untuk mulakan Lamunan pada bila-bila masa, buka Lamunan skrin tetapan dan sentuh MULAKAN SEKARANG.
Untuk kembali ke laman utama atau skrin kunci, gerakkan telefon anda. Jika anda mahu memastikan telefon anda didok, sentuh mana-mana kekunci navigasi.
Cari “Lamunan” dalam Play Store untuk apl yang memberi anda lebih banyak pelindung skrin Lamunan.
Selepas anda memasang aplikasi, anda akan melihat pilihan baharu dalam senarai Lamunan anda.
global-ms-my-ms-my-3213-444 2015-04-14T14:59:42