Mencari tetapan telefon

Tetapan yang anda kerap laraskan, seperti menogol untuk Wi-Fi dan Bluetooth, adalah tetapan cepat, mudah untuk sampai daripada mana-mana skrin. Anda juga boleh membuka senarai penuh semua tetapan apabila anda memerlukannya.

Membuka tetapan cepat

Untuk membuka tetapan cepat anda, lakukan satu daripada yang berikut:

  • Leret ke bawah dengan dua jari dari bahagian atas mana-mana skrin.
  • Leret ke bawah dengan satu jari dari bahagian atas mana-mana skrin untuk membuka pemberitahuan anda. Kemudian sentuh .

Daripada tetapan cepat anda boleh:

  • Menyemak dan melaraskan penggunaan data anda. Sentuh nama pembawa anda.
  • Togol sambungan hidup/mati. Laraskan Wi-Fi, Bluetooth, perkhidmatan berasaskan lokasi dan Mod pesawat. Sentuh & tahan salah satu untuk hidupkan/matikan dengan cepat. Atau, sentuh salah satu untuk menyemak tetapan berkaitan.
  • Melihat pemberitahuan. Sentuh .
  • Mengubah tarikh dan masa. Sentuh masa dan laraskan tetapan jika perlu.
  • Lihat fungsi yang paling banyak menggunakan kuasa bateri. Sentuh ikon bateri.
  • Paparkan skrin anda pada HDTV. Jika Paparan Wayarles dihidupkan, sentuh .
  • Laraskan tetapan lain. Sentuh TETAPAN untuk melihat semua tetapan telefon.

Jika anda melihat gambar berikut, maka anda belum menyediakan profil pemilik. Sentuh > Orang > Sediakan profil saya.

Membuka semua tetapan

Untuk membuka senarai penuh semua tetapan, lakukan satu daripada yang berikut:

  • Buka tetapan cepat dan kemudian sentuh TETAPAN.
  • Atau, sentuh > Tetapan.

global-ms-my-ms-my-3213-444 2015-04-14T14:59:42