Dapatkan pemberitahuan telefon dan mesej pada komputer anda

Kadang-kala adalah lebih mudah untuk menerima mesej pada komputer anda, seperti semasa mesyuarat, semasa telefon anda dicas dalam bilik lain, apabila telefon anda berada dalam beg anda atau anda tertinggalnya di rumah. Sambungan Motorola Connect Chrome membolehkan anda menghantar dan menerima mesej teks, balas panggilan telefon dengan teks dan melihat pemberitahuan masuk dan tidak dijawab--semuanya daripada komputer anda. Pelayar Google Chrome untuk Windows, Mac OS dan Chromebook menyokong sambungan Chrome.

Pasang sambungan Motorola Connect Chrome

  1. Pada telefon anda, pergi ke Tetapan > Motorola Connect.
  2. Ikuti arahan pada skrin. Sebaik sahaja anda menyentuh persetujuan untuk menggunakan Motorola Connect, Motorola menghantar e-mel dengan arahan mudah untuk memasang sambungan pelayar Chrome (dan pelayar Chrome) pada komputer anda.
  3. Pada komputer anda, buka e-mel dan ikut arahan untuk muat turun dan pasang produk pada komputer anda.
  4. Ikut arahan pada skrin untuk bermula.

Sebaik sahaja anda pasang sambungan Chrome, Motorola Connect dibuka di penjuru Chrome. Daripada tetingkap Motorola Connect, klik > Bantuan bagi mengetahui cara untuk menggunakan sambungan.

global-ms-my-ms-my-3213-444 2015-04-14T14:59:42