Tunjukkan skrin telefon anda pada HDTV dengan paparan wayarles. Mainkan tayangan slaid atau permainan, tonton filem, layari web atau gunakan aplikasi anda--apa-apa yang anda lakukan pada telefon anda akan dicerminkan pada HDTV anda. Untuk bermula, anda memerlukan HDTV serasi Miracast™ atau penyesuai paparan wayarles Miracast untuk disambungkan kepada HDTV anda (dijual di kedai penjual alat elektronik). Selepas selesai penyediaan yang mudah, peranti anda akan berkomunikasi terus dan tidak akan memerlukan sambungan penghala Wi‑Fi yang dikongsi.
Untuk menjadikan telefon anda berpasangan dengan penyesuai paparan wayarles atau HDTV serasi Miracast:
Lakukan salah satu daripada berikut:
Telefon anda akan mula menyambung kepada paparan wayarles. Jika digesa untuk memasukkan PIN, masukkan PIN anda yang mungkin boleh dilihat pada HDTV.
Peranti-peranti akan bersambung lalu skrin telefon anda akan dicerminkan pada HDTV anda. Apabila paparan wayarles dihidupkan, anda akan melihat
pada bar status.
Untuk sambungan segera ke paparan yang terakhir digunakan pada kali yang seterusnya anda menghidupkan Paparan Wayarles, pada skrin Paparan Wayarles telefon, semak Auto sambung.
Leret bar status ke bawah dengan dua jari.
| Hidupkan dan bersambung ke paparan atau penyesuai yang dinamakan | |
| Hidupkan tetapi tidak bersambung | |
| Matikan |
Sentuh sebuah ikon untuk menghidupkan atau mematikan Paparan Wayarles dengan pantas, atau untuk menyambung kepada peranti. Jika anda memilih Auto sambung, telefon anda akan menyambung kepada paparan terakhir yang digunakan secara automatik.
Atau, tambah widget Paparan Wayarles ke mana-mana skrin utama.
Untuk prestasi terbaik:
global-ms-my-ms-my-3213-444 2015-04-14T14:59:42