Ubah jenis kunci skrin

Untuk mengubah jenis keselamatan yang diperlukan untuk membuka kunci telefon anda setelah ia tidur:

  1. Pergi ke Tetapan > Keselamatan.
  2. Sentuh Kunci skrin dan pilih jenis kunci yang anda inginkan:

    • Tiada: Mematikan kunci skrin.
    • Slaid: Menghalang dailan tidak sengaja tetapi tidak melindungi telefon. Sentuh dan seret ke . Jangan pilih ini jika anda ingin menggunakan peranti Bluetooth yang dipercayai.

    • NFC Unlock: Ketik peranti anda pada klip atau pelekat Motorola Skip untuk membuka kunci.
    • Buka Kunci Wajah: Gunakan pengecaman muka. Jika telefon anda tidak mengecam muka anda, anda boleh memasukkan corak atau PIN sandaran.
    • Corak: Lukis corak pada grid.
    • PIN: Masukkan empat hingga enam belas digit kod angka.
    • Kata laluan: Masukkan empat hingga enam belas huruf, digit atau simbol untuk kata laluan.

Anda juga boleh menentukan peranti Bluetooth yang dipercayai, yang akan membenarkan telefon anda kekal tidak dikunci ketika disambungkan dengannya.

Sembunyikan PIN, kata laluan atau corak anda

Anda boleh menyembunyikan kata laluan untuk menghalang orang lain melihatnya semasa anda membuka kunci skrin.

  1. Pergi ke Tetapan > Keselamatan.
  2. Matikan Jadikan corak dapat dilihat atau Perlihatkan kata laluan.

Jika anda terlupa kunci skrin anda

Jika anda terlupa kunci skrin anda dan anda menyediakan ID Motorola, daripada komputer pergi ke motorola.com/support dan gunakan ciri telefon hilang untuk menetapkan semula kunci skrin anda.

Jika telefon anda menggunakan akaun Google, anda juga boleh menetapkan semula kunci skrin anda dengan pergi ke google.com/android/devicemanager daripada komputer.

global-ms-my-ms-my-3213-444 2015-04-14T14:59:42