Ingin mengkhususkan tahap bateri anda dan apa yang paling banyak menggunakannya? Anda boleh mendapatkan maklumat terperinci tentang tahap bateri anda, berapa lama sejak pengecasan terakhir dan cadangan mengenai cara melaraskan tetapan untuk memaksimumkan hayat bateri.
Untuk menyemak penggunaan bateri dan melaraskan tetapan:
Pergi ke Tetapan > Bateri.
Sentuh graf sejarah bateri untuk melihat butiran lanjut tentang cara aktiviti yang menggunakan banyak kuasa menggunakan bateri. Contohnya, graf berikut menunjukkan tempoh lanjutan penggunaan yang banyak, dengan skrin dihidupkan secara berterusan, bateri dinyahcas lebih cepat daripada biasa.
Jika sejarah bateri anda menunjukkan banyak penurunan, semak yang berikut: Isyarat rgkaian mdah alih - Apabila isyarat rangkaian menjadi lemah, telefon menggunakan kuasa bateri tiga kali ganda lebih banyak daripada biasa untuk mengekalkan sambungan rangkaian. Warna menunjukkan kekuatan isyarat: Jika kekuatan isyarat adalah lemah atau lebih teruk, beralih ke lokasi yang mempunyai isyarat rangkaian yang lebih baik atau gunakan Wi-Fi untuk data.
Hijau Isyarat terbaik Kelabu Isyarat baik Emas Isyarat lemah atau biasa Kuning Tiada isyarat Merah Mengimbas rangkaian Hitam Tidak menggunakan rangkaian selular
global-ms-my-ms-my-3213-444 2015-04-14T14:59:42