Sediakan ciri telefon hilang
Sediakan ID Motorola anda sekarang supaya, jika telefon anda hilang atau dicuri, anda boleh mencari dan menyelamatkannya dari jauh. Selagi telefon anda dihidupkan dan mempunyai sambungan data atau Wi-Fi, anda boleh pergi ke motorola.com/support daripada komputer desktop dan:
- Mencari telefon anda, menambah kunci skrin untuk menghalang orang lain daripada mengakses maklumat peribadi anda atau memadamkan data anda
- Deringkan telefon anda dengan deringan yang lebih kuat selama beberapa minit ketika anda mencarinya
- Masukkan mesej khas yang akan dipaparkan pada telefon anda sekiranya dijumpai
- Menetapkan semula kunci skrin anda dengan menggantikan kunci skrin semasa anda dengan kunci kata laluan
Untuk menyediakan ID Motorola anda:
- Pergi ke Tetapan > ID Motorola.
- Sentuh Google Account.
Lakukan salah satu yang berikut:
- Untuk menggunakan akaun sedia ada, sentuh nama akaun > OK.
- Untuk menggunakan akaun lain, sentuh Tambah akaun > OK.
- Sentuh OK untuk menerima kebenaran.