Mengenai skrin utama anda

Anda melihat skrin utama apabila anda menghidupkan dan membuka kunci telefon anda atau menyentuh .

Skrin utama anda bermula di tengah-tengah antara lima halaman.

Leret ke kanan atau ke kiri untuk bergerak antara halaman.

Berikut adalah bahagian-bahagian skrin utama anda:

  1. Bar status: Memaparkan masa dan ikon yang memberitahu anda tentang bateri dan sambungan rangkaian telefon anda. Leret ke bawah untuk melihat pemberitahuan anda dan untuk membuka tetapan cepat anda, suis togol yang mudah.
  2. Widget: Anda boleh menambah widget pada skrin utama anda untuk akses cepat kepada maklumat atau tugas yang kerap digunakan.
  3. Pintasan: Membuka apl atau laman web. Anda boleh menambah pintasan ke apl atau halaman web yang anda kerap gunakan, dan bukannya membuka dan menatal senarai semua apl anda atau menavigasi penanda buku anda.
  4. Talam kegemaran: Menyediakan akses satu sentuhan untuk apl yang paling banyak digunakan dari mana-mana halaman skrin utama. Anda boleh menyesuaikan pilihan apl yang muncul dalam talam Kegemaran. Untuk membuka senarai semua apl anda, sentuh .
  5. Navigasi: mengundurkan anda satu skrin ke belakang. mengembalikan anda ke skrin utama dari mana-mana apl. membolehkan anda bertukar antara apl terkini. Jika anda tidak sering menggunakan butang ini, ia mungkin akan mengecil menjadi titik atau resap lenyap, bergantung kepada apl semasa. Untuk mengembalikannya, sentuh lokasinya.
  6. Folder: Tambah folder untuk mengatur pintasan apl.

global-ms-my-ms-my-3213-444 2015-04-14T14:59:42