Pratonton pemberitahuan apabila skrin tidur
Apabila skrin anda tidur, pemberitahuan Moto Display mesra bateri akan menjelma dan hilang dengan menerangi piksel yang diperlukan sahaja dan memaparkan pemberitahuan yang sampai semenjak kali terakhir anda membangunkan skrin anda. Anda boleh pilih aplikasi mana yang akan memaparkan pemberitahuan, tetapkannya sama ada hendak memapar atau tidak pada waktu malam, serta hadkan kandungan yang dipaparkan untuk mengawal privasi anda.
Moto Display tidak menunjukkan pemberitahuan:
- Pada waktu malam, semasa tempoh yang anda tentukan
- Apabila telefon berada dalam poket atau beg duit anda
- Apabila telefon menghadap ke bawah
- Semasa anda sedang dalam panggilan
PetuaJika anda tidak melihat pemberitahuan Moto Display, pastikan
Ambient display dimatikan dalam
Tetapan >
Paparan.
Memberi repons terhadap Moto Display pemberitahuan
Daripada skrin kunci, anda boleh:
- Pratonton pemberitahuan.Sentuh & tahan ikon, kemudian lungsurkan jari anda kepada yang seterusnya untuk pratonton pemberitahuan lain atau senarai ringkasan.
Pergi terus ke pemberitahuan. Seret jari anda ke atas hingga ke sasaran (kemudian buka kunci jika menggunakan kunci skrin).

Lihat semua pemberitahuan. Seret jari anda ke bawah (kemudian buka kunci jika menggunakan kunci skrin).

Abaikan buat masa sekarang. Seret jari anda ke pinggir kanan atau kiri skrin untuk menghentikan pemberitahuan daripada menyala sehingga pemberitahuan seterusnya sampai.

PetuaAnda boleh mencetuskan Moto Display dengan
mencapai telefon anda. Dalam tetapan Moto Actions, anda boleh mengawal sama ada telefon anda bergerak balas terhadap gerak isyarat ini atau tidak.
Ubah tetapan Moto Display atau matikannya
- Sentuh
> Moto. - Sentuh
> Display. Lakukan mana-mana yang berikut:
- Untuk matikan Moto Display, buang semak kotak.
- Untuk memilih aplikasi mana yang akan memaparkan pemberitahuan, sentuh Select apps.
- Untuk lebih privasi apabila skrin dikunci, sentuh Sembunyikan butiran pemberitahuan.