Pancarkan skrin anda ke HDTV dengan Miracast
Tunjukkan skrin telefon anda pada HDTV dengan paparan wayarles. Mainkan tayangan slaid atau permainan, tonton filem, layari web atau gunakan aplikasi anda--apa-apa yang anda lakukan pada telefon anda akan dicerminkan pada HDTV anda. Untuk bermula, anda memerlukan HDTV serasi Miracast™ atau penyesuai paparan wayarles Miracast untuk disambungkan kepada HDTV anda (dijual di kedai penjual alat elektronik). Selepas selesai penyediaan yang mudah, peranti anda akan berkomunikasi terus dan tidak akan memerlukan sambungan penghala Wi‑Fi yang dikongsi.
Pasangkan peranti anda
Untuk menjadikan telefon anda berpasangan dengan penyesuai paparan wayarles atau HDTV serasi Miracast:
Lakukan salah satu daripada berikut:
- Untuk berpasangan dengan penyesuai paparan wayarles, pasang penyesuai pada HDTV anda mengikut arahan pengeluar. Anda akan melihat pasangan atau skrin sambungan pada HDTV anda.
- Untuk berpasangan dengan HDTV serasi Miracast, hidupkannya dan tetapkannya untuk berpasangan dengan peranti mengikut arahan pengeluar. Anda akan melihat pasangan atau skrin sambungan pada HDTV anda.
- Pada telefon anda, pergi ke Tetapan > Paparan > Paparan wayarles.
- Sentuh dan tandai Enable wireless display jika ia tidak ditandai.
- Telefon anda akan mencari peranti paparan. Sentuh nama peranti yang mahu disambungkan.
Peranti-peranti akan bersambung lalu skrin telefon anda akan dicerminkan pada HDTV anda. Apabila paparan wayarles dihidupkan, anda akan melihat
pada bar status.
Matikan paparan wayarles
- Leret bar status ke bawah dengan dua jari dan sentuh
. - Sentuh Putuskan sambungan.
Petua prestasi
Untuk prestasi terbaik:
- Letakkan 3 - 20 kaki dari paparan atau penyesuai serasi, dan jika boleh di dalam bilik yang sama. Jika anda mengalami masalah, bergerak lebih dekat.
- Jauhkan daripada ketuhar gelombang mikro atau telefon tanpa wayar untuk mengelakkan gangguan.
- Matikan Bluetooth sepanjang sesi ini.
- Jika tepi skrin telefon anda kelihatan terpotong pada HDTV, laraskan tetapan paparan HDTV. Ikut arahan pengeluar.
- Apabila mengalirkan data melalui Wi-Fi, pastikan anda berada dalam lingkungan 15 kaki dari titik akses rumah anda.
- Tetapkan titik akses rumah anda kepada 5GHz.