Ciri kebolehcapaian memudahkan anda menggunakan telefon jika anda cacat penglihatan.
Sentuh untuk menghidupkan/mematikan ciri kebolehcapaian, seperti:
TalkBack menerangkan segala yang anda sentuh, pilih atau aktifkan. Anda boleh menetapkan pilihan untuk melaraskan kelantangan suara TalkBack atau menghidupkan maklum balas (bunyi atau getaran) untuk sentuhan.
Pilihan lain adalah menggunakan TalkBack dengan Jelajah dengan sentuhan. Ini mengubah cara telefon memberi respons kepada sentuhan anda, jadi anda perlu belajar cara baru untuk menavigasi telefon. Apabila anda menyentuh aplikasi atau ikon, anda mendengar nama item terlebih dahulu. Kemudian anda boleh membuat keputusan sama ada mahu menggunakannya atau tidak.
Sentuh Tetapan dan tetapkan pilihan yang anda mahu:
Jika TalkBack aktif: