Edit video

Selepas anda merakam video, anda boleh mengeditnya dari Galeri. Apabila anda menyimpan perubahan anda, video baru diwujudkan dalam Galeri dan versi asal dikekalkan.

Cantas video

  1. Sentuh > Galeri.
  2. Sentuh imej kecil untuk membuka video.
  3. Sentuh > Cantas.
  4. Gunakan peluncur untuk menentukan bingkai yang anda ingin cantas.
  5. Sentuh SIMPAN.

Alih keluar audio

  1. Sentuh > Galeri.
  2. Sentuh imej kecil untuk membuka video.
  3. Sentuh > Bisu.

Mengedit untuk dimainkan dalam gerakan perlahan

Buat versi video gerakan perlahan atau tetapkan sebahagian daripadanya untuk dimainkan dalam gerakan perlahan.

  1. Sentuh > Galeri.
  2. Sentuh imej kecil untuk membuka video.
  3. Sentuh > Edit Gerak Perlahan.
  4. Lakukan salah satu yang berikut:

    • Untuk menyimpan seluruh video dalam gerakan perlahan, sentuh SIMPAN.
    • Untuk menyimpan sebahagian daripada video dalam gerakan perlahan, gerakkan peluncur SIMPAN di sekitar bingkai yang anda ingin perlahankan, kemudian sentuh .