Automasikan tetapan dengan Assist

Gunakan Assist untuk mengautomasikan tetapan dan respons telefon anda semasa anda memandu, semasa acara yang anda tambahkan pada kalendar anda, semasa anda sibuk di rumah dan mahu bebas tangan, semasa anda berada di tempat tertentu dan semasa anda tidur.

Anda boleh sesuaikan aktiviti Assist dengan keutamaan anda:

Sediakan aktiviti dan tempat

Tetapkan keutamaan anda dalam Assist dan aplikasi mula melaraskan tetapan telefon anda berdasarkan pilihan yang anda pilih, kelajuan memandu, acara kalendar dan maklumat lain yang diluluskan dalam polisi privasi.

Untuk menyesuaikan aktiviti dan tempat:

  1. Sentuh > Moto.
  2. Sentuh > Assist > .
  3. Sentuh Tambah aktiviti atau Tambah tempat anda.
  4. Gunakan menu dan kotak semak untuk menyesuaikan pilihan.
  5. Sentuh Lagi pilihan untuk maklumat lanjut atau menamatkan persediaan. Untuk menyesuaikan balasan auto, sentuh EDIT.

Untuk berhenti menggunakan tetapan Assist, buang tanda pilihan yang dipilih untuk aktiviti tersebut.

Apabila Assist aktif

Apabila Assist melaraskan tetapan telefon, anda akan melihat ikon dalam bar status dengan pemberitahuan, seperti:

Memandu
Tempat
Mesyuarat
Tidur

Assist menggunakan penderia dan peraturan untuk menentukan apa yang anda sedang lakukan dan bila masa untuk menggunakan pilihan yang anda pilih. Kadang-kadang anda mungkin ingin berhenti menggunakan tetapan Assist buat sementara waktu. Contohnya, jika anda seorang penumpang di dalam kereta atau menaiki pengangkutan awam, Assist boleh mengesan pemanduan tetapi tidak dapat menentukan siapa yang memandu.

Untuk berhenti menggunakan tetapan bagi aktiviti tersebut buat sementara waktu:

  1. Leret bar status ke bawah untuk melihat pemberitahuan.
  2. Sentuh Bukan sekarang untuk menunjukkan yang anda tidak melakukan aktiviti tersebut pada masa itu. (Jika anda tidak melihat pilihan ini, seret pemberitahuan ke bawah dengan dua jari.) Tetapan anda akan disambung semula apabila anda memulakan aktiviti lain kali.

Untuk membuat perubahan pada tetapan bagi aktiviti tersebut daripada pemberitahuan, sentuh ia.