Tetapkan keutamaan rangkaian untuk menjimatkan bateri

Telefon anda secara berkala mengimbas rangkaian selular yang tersedia dan cuba menyambung ke rangkaian paling pantas yang boleh digunakan. Tetapi jika anda tinggal atau bekerja di kawasan yang tiada rangkaian paling pantas yang boleh telefon anda gunakan, anda boleh menghentikan imbasan dan menjimatkan kuasa bateri dengan menetapkan keutamaan rangkaian.

Untuk tetapkan keutamaan rangkaian anda:

  1. Pergi ke Tetapan.
  2. Di bawah Wayarles & Rangkaian, sentuh Lagi.
  3. Sentuh Rangkaian selular > Mod Rangkaian.
  4. Pilih rangkaian berkelajuan lebih rendah.

Jika anda kembali ke kawasan yang mempunyai kadar perkhidmatan lebih tinggi, ulangi proses tersebut tetapi pilih rangkaian yang lebih laju untuk memulakan semula pengimbasan bagi kadar sambungan lebih tinggi.

Ciri ini tidak terdapat di semua kawasan.