NFC memudahkan perkongsian dengan sumber yang anda percayai, tanpa perlu menaip banyak maklumat atau bersusah-payah dengan konfigurasi akaun.
Berkongsi atau pancarkan kandungan daripada telefon anda ke peranti lain dengan menjadikan peranti bersentuhan (biasanya bahagian belakang dengan bahagian belakang). Sebelum anda mula, pastikan kedua-dua peranti tidak dikunci, menyokong NFC dan NFC serta Android Beam dihidupkan.
Sentuh bahagian belakang telefon anda dengan bahagian belakang peranti lain.
Apabila peranti menyambung, ia bergetar dan anda melihat Sentuh untuk memancarkan pada telefon anda.
Terima pautan web, e-kupon, brosur, peta dan banyak lagi daripada tag NFC. Cari logo NFC pada aksesori, poster, tanda dan pameran kedai yang didayakan NFC. Sentuh sahaja bahagian belakang telefon anda dalam jarak 2 cm daripada logo untuk menerima maklumat tagnya.
