Untuk mencegah perisian hasad (perisian intip, memancing data dan virus) daripada mengganggu prestasi telefon anda atau merosakkan telefon anda, lakukan sedikit penyelidikan sebelum memuat turun setiap aplikasi.
Adakah aplikasi mendapat 4 atau 5 bintang? Jika ya, ia mungkin aplikasi yang baik. Jika tiada orang menyiarkan komen beserta dengan penilaian bintang tinggi, mula rasa sangsi. Sentiasa semak komen juga, dan jika tiada yang tersedia, cuba buat carian forum pengguna Android.
Sebelum memuat turun aplikasi, baca ulasan daripada pengguna lain yang telah memuat turunnya untuk membantu anda membuat keputusan sama ada ia sesuai untuk anda. Baca banyak komen, bukan hanya beberapa komen awal.
Semasa memasang aplikasi, pastikan untuk membaca amaran yang memberitahu anda maklumat yang akan diakses aplikasi. Jika anda tidak bersetuju untuk membenarkan akses ke maklumat tersebut, batalkan pemasangan. Jika anda memasang aplikasi yang membuat senarai membeli-belah, contohnya, aplikasi tidak sepatutnya memerlukan akses ke kenalan anda. Walaupun jika aplikasi adalah sah, anda mungkin tidak mahu membenarkan akses ke maklumat anda.
Cari forum pengguna pada Internet berkenaan nama aplikasi atau siarkan soalah untuk dijawab oleh pengguna lain. Forum adalah sumber bagus untuk berkongsi maklumat. Soalan anda akan membantu pengguna lain juga.
Play Store bukan sahaja menyediakan komen di hujung jari anda, ia juga menyediakan pautan ke laman web pembangun. Jika anda ragu-ragu tentang aplikasi, lawati laman web. Adakah ia nampak profesional atau cacamarba?
Selepas anda memuat turun aplikasi, anda boleh menilainya dan menyiarkan komen untuk dilihat oleh pengguna lain. Lebih banyak maklumat tersedia, keadaan jadi lebih selamat! Komuniti Android anda berterima kasih kepada anda.
Jika anda tidak dapat mencari maklumat menggunakan cadangan sebelumnya dan tidak pasti tentang keselamatan aplikasi, jangan pasangnya. Terdapat banyak aplikasi lain yang boleh dipilih.