Ingin mengkhususkan tahap bateri anda dan apa yang paling banyak menggunakannya? Anda boleh mendapatkan maklumat terperinci tentang tahap bateri anda, berapa lama sejak pengecasan terakhir dan cadangan mengenai cara melaraskan tetapan untuk memaksimumkan hayat bateri.
Untuk menyemak penggunaan bateri dan melaraskan tetapan:
Anda akan nampak senarai item yang menggunakan kuasa bateri. Sentuh item untuk melihat maklumat terperinci tentang penggunaannya dan, jika sesuai, laraskan tetapan untuk mengurangkan penggunaannya.
Sentuh graf sejarah bateri untuk melihat butiran lanjut tentang cara aktiviti yang menggunakan banyak kuasa menggunakan bateri. Contohnya, graf berikut menunjukkan tempoh lanjutan penggunaan yang banyak, dengan skrin dihidupkan secara berterusan, bateri dinyahcas lebih cepat daripada biasa.
Jika sejarah bateri anda menunjukkan banyak penurunan, semak yang berikut:
Isyarat rangkaian selular - Apabila isyarat rangkaian menjadi lemah, telefon menggunakan kuasa bateri tiga kali ganda lebih banyak daripada biasa untuk mengekalkan sambungan rangkaian. Warna menunjukkan kekuatan isyarat:
Hijau
Isyarat terbaik
Kelabu
Isyarat baik
Emas
Isyarat lemah atau biasa
Kuning
Tiada isyarat
Merah
Mengimbas rangkaian
Hitam
Tidak menggunakan rangkaian selular
Jika kekuatan isyarat adalah lemah atau lebih teruk, beralih ke lokasi yang mempunyai isyarat rangkaian yang lebih baik atau gunakan Wi-Fi untuk data.
PetuaIsyarat rangkaian yang lemah juga boleh menyebabkan statik pada panggilan, panggilan satu hala, panggilan terputus, isu kesambungan dan data, prestasi perlahan dan isu-isu lain. Walaupun kawasan geografi anda mempunyai liputan rangkaian yang baik, dinding bangunan, lokasi bawah tanah, zon tiada liputan dan lain-lain faktor persekitaran boleh menghalang isyarat. Dalam kes ini, beralih ke tingkap atau gunakan Wi-Fi.
GPS - Biru menunjukkan GPS dihidupkan. Jika boleh, cas telefon anda semasa menggunakan GPS.
Wi‑Fi - Biru menunjukkan Wi-Fi dihidupkan, tetapi tidak semestinya bersambung dengan rangkaian Wi-Fi. Jika boleh, gunakan Wi-Fi untuk data.
Berjaga - Biru menunjukkan apl telah menghalang telefon masuk ke mod tidur apabila melahu, biasanya untuk menyelesaikan sesetengah tugas. Namun, beberapa aplikasi yang dipasang oleh pengguna boleh menghabiskan bateri dengan membuatkan telefon terus berada dalam mod bangun lebih lama daripada yang diperlukan.
Skrin dihidupkan - Biru menunjukkan skrin dihidupkan. Jika ini menghabiskan bateri anda, kurangkan tamat masa skrin (tidak aktif sebelum telefon anda tidur) kepada 1 minit atau kurang, tetapkan kecerahan skrin kepada automatik, hadkan kertas dinding hidup, dan tekan butang Kuasa untuk mematikan skrin apabila tidak diperlukan. Pertimbangkan untuk mengecas telefon anda ketika penggunaan yang banyak, terutama sekali apabila menggunakan permainan atau apl yang kerap menggunakan data latar belakang.
Mengecas - Hijau menunjukkan telefon sedang dicas.