Kawal jenis aplikasi yang menghantar pemberitahuan
Bagi setiap aplikasi, anda boleh menentukan cara untuk mengendalikan pemberitahuan aplikasi: menyekatnya, menyembunyikan maklumat sensitif daripadanya pada skrin kunci atau memberikannya keutamaan dan meletakkannya di bahagian atas senarai.
- Pergi ke Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Pemberitahuan apl.
Sentuh nama aplikasi dan kemudian sentuh satu daripada yang berikut:
- Sekat: Jangan tunjukkan pemberitahuan daripada aplikasi ini.
- Keutamaan: Sentiasa letakkan pemberitahuan daripada aplikasi ini di bahagian atas senarai.
- Sensitif: Untuk skrin kunci, tunjukkan pemberitahuan daripada aplikasi ini tetapi sembunyikan kandungan terperincinya. Gunakan hanya jika anda mahu mengkonfigurasi aplikasi tertentu sebagai sensitif. Jika tidak, anda boleh sembunyikan kandungan terperinci untuk semua aplikasi dengan menggunakan Tetapan > Bunyi & pemberitahuan > Apabila peranti dikunci > Sembunyikan kandungan pemberitahuan sensitif.
PetuaAnda juga boleh menukar tetapan ini terus daripada pemberitahuan. Sentuh & tahan pemberitahuan, kemudian sentuh

.