Cipta filem tumpuan bagi foto dan video
Aplikasi Galeri menggabungkan foto dan video terbaik anda secara automatik daripada acara ke dalam filem tumpuan yang anda boleh simpan, sesuaikan dan kongsikan dengan rakan. Anda juga boleh mencipta filem tumpuan secara manual jika anda mahu menggabungkan acara dan filem atau apabila anda tidak mempunyai foto/video yang mencukupi untuk Galeri menciptanya secara automatik.
Menanda foto dan video anda dengan geo-tag membantu Galeri mengatur foto anda dengan lebih baik untuk filem tumpuan.
Simpan dan kongsi filem tumpuan
- Sentuh
> Galeri. - Sentuh > Filem Tumpuan.
Lakukan salah satu yang berikut:
- Cipta filem tumpuan daripada satu tarikh. Sentuh tarikh acara. Jika terdapat foto dan video yang mencukupi, Galeri akan mencipta filem tumpuan secara automatik dan memainkan pratonton di bahagian atas folder tarikh acara; sentuh pratonton atau
untuk membukanya. Jika tidak, sentuh
untuk mencipta filem tumpuan secara manual. - Cipta filem tumpuan daripada berbilang tarikh. Sentuh & tahan folder tarikh acara untuk memilihnya. Kemudian sentuh
.
- Tambah tajuk.
Sentuh LAGI PILIHAN dan lakukan mana-mana yang berikut:
- Untuk menukar panjang filem, sentuh
. - Untuk menukar foto atau klip video mana yang dimasukkan, sentuh
. - Untuk menukar pilihan audio (seperti pilihan lagu, penggunaan audio klip video, atau mengalih keluar bunyi), sentuh
.
- Sentuh Simpan Filem Tumpuan.
- Sentuh kualiti, kemudian sentuh Simpan.
- Untuk berkongsi dengan segera, sentuh Kongsi. Untuk berkongsi kemudian, dalam Galeri, sentuh imej kecilnya dan sentuh
.
Menggabungkan filem tumpuan
- Sentuh
> Galeri. - Sentuh >
Filem Tumpuan. - Sentuh
dan sentuh setiap filem tumpuan untuk digabungkan ke dalam yang baru.
Padam filem tumpuan
- Sentuh
> Galeri. - Cari filem tumpuan dan sentuh imej kecilnya.
- Sentuh
.