Perihal mesej teks dan multimedia

Anda boleh menghantar teks atau mesej multimedia kepada seorang atau berbilang penerima. Untuk membolehkan berbilang penerima berkongsi balasan mereka dengan ahli kumpulan, gunakan pemesejan kumpulan. Atau, matikan pemesejan kumpulan untuk menerima balasan kepada mesej berbilang penerima dalam perbualan individu.

Mesej teks - SMS

Mesej SMS (Khidmat Mesej Pendek) mengandungi teks sahaja. Satu mesej teks boleh mengandungi 160 aksara; apabila anda hampir mencapai had, pembilang akan muncul. Jika anda menaip lebih banyak, mesej anda akan dihantar dalam bentuk beberapa mesej SMS.

Anda boleh menghantar satu mesej SMS kepada berbilang orang, dan balasan akan dihantar dalam urutan perbualan secara berasingan dan bukan berkumpulan (melainkan anda dan penerima anda mendayakan pemesejan berkumpulan).

Mesej SMS termasuk dalam kebanyakan pelan pemesejan teks pembawa dan tidak menggunakan data mudah alih.

Mesej multimedia - MMS

Mesej MMS (Khidmat Pemesejan Multimedia) boleh termasuk teks tidak terhad termasuklah gambar, tayangan slaid bergambar, video atau fail bunyi.

Anda boleh menghantar satu mesej MMS kepada berbilang orang menggunakan pemesejan berkumpulan, yang mengandungi teks sahaja atau teks dan media, dan balasan dihantar dalam urutan perbualan berkumpulan kepada setiap orang dalam kumpulan.

Mesej MMS menggunakan data mudah alih dan memerlukan pelan data mudah alih atau bayaran 'bayar setiap penggunaan'.

Pemesejan berkumpulan

Pemesejan berkumpulan membolehkan berbilang orang meneruskan perbualan berkumpulan. Semua balasan daripada penerima dihantar kepada semua penerima dalam bentuk urutan perbualan berkumpulan.

Walaupun anda menghantar satu mesej kepada berbilang penerima, anda akan dicaj bagi setiap mesej yang diterima. Pemesejan berkumpulan:

  • Menukar mesej SMS berbilang penerima kepada MMS bagi sesiapa yang boleh menerimanya
  • Tersedia untuk mesej MMS sahaja
NotaPenerima yang tidak boleh menerima mesej MMS sebaliknya akan menerima SMS dan jika media dilampirkan, pautan untuk memuat turunnya melalui Wi-Fi (apabila ditawarkan melalui pembawa). Balasan adalah kepada penghantar sahaja, dalam perbualan individu.

Jika anda tidak mahu menerima balasan dalam perbualan kumpulan, anda boleh matikan pemesejan kumpulan dalam aplikasi Pemesejan.