Jika anda menggunakan Gmail, gunakan aplikasi Gmail dengan akaun Google anda. Bagi akaun e-mel jenis lain, termasuklah perkhidmatan e-mel berdasarkan web, pembekal e-mel atau akaun Microsoft Exchange korporat, gunakan aplikasi E-mel.
Anda boleh menyediakan berbilang akaun e-mel dan menggunakan aplikasi E-mel untuk memaparkan mesej daripada akaun tunggal atau menggabungkan paparan berbilang akaun.
Bagi kebanyakan akaun e-mel, itu sahaja yang anda perlu lakukan. Akan tetapi, jika langkah itu gagal, anda perlu menghubungi pembekal e-mel anda untuk mendapatkan maklumat berikut:
Kemudian sentuh Persediaan manual semasa menyediakan akaun anda.
Jika anda menggunakan Microsoft Office Outlook di komputer kerja anda, telefon anda boleh menyegerakkan e-mel, acara kalendar dan kenalan dengan pelayan Microsoft Exchange. Sebelum anda bermula, anda memerlukan maklumat berikut daripada jabatan IT syarikat anda:
Untuk menyediakan e-mel korporat:
Masukkan alamat e-mel anda dan sentuh Persediaan manual.
Untuk menukar paparan peti masuk anda, sentuh
bersebelahan dengan nama akaun e-mel dan pilih satu akaun atau paparan tergabung.