Kongsi atau muat naik foto dan video

Anda boleh berkongsi satu, berbilang atau semua item secara wayarles daripada sebarang paparan Galeri, menghantarnya sebagai lampiran e-mel atau mesej, memuat naik ke awan atau menggunakan sambungan peranti ke peranti seperti Bluetooth.

Selain perkongsian secara wayarles, anda boleh memindahkan foto kepada komputer menggunakan sambungan USB.

Untuk berkongsi secara wayarles:

  1. Sentuh > Galeri.
  2. Navigasi ke imej kecil item yang anda mahu kongsikan.
  3. Pilih item untuk dikongsi:

    • Untuk memilih satu item, sentuh & tahan imej kecil yang berkaitan.
    • Untuk memilih berbilang item, sentuh & tahan imej kecil yang pertama, kemudian sentuh yang lain untuk memilihnya.
    • Untuk berkongsi semua foto dan video dalam sebarang paparan (Filem gulung, Video, Album dll) sentuh . Kemudian sentuh Pilih item > Pilih semua.
    PetuaUntuk mengosongkan semua pilihan, sentuh .
  4. Sentuh dan pilih cara anda mahu berkongsi.