Edit atau padam kenalan

Edit kenalan

Selepas mencipta kenalan, anda boleh mengubah nama, foto dan lain-lain maklumat kenalan.

  1. Sentuh > .
  2. Sentuh nama orang tersebut.
  3. Sentuh > Edit.
  4. Sentuh medan atau menu untuk membuat perubahan, kemudian sentuh Selesai.

Gabungkan kenalan

Jika anda mempunyai dua kenalan bagi orang yang sama, anda boleh gabungkan maklumat tersebut (termasuk semua e-mel dan nombor telefon) ke dalam satu senarai.

  1. Sentuh > .
  2. Sentuh kenalan utama untuk digabungkan.

    Secara lalai, nama kenalan ini digunakan untuk senarai baru.

  3. Sentuh > Edit.
  4. Sentuh > Gabungkan.
  5. Sentuh nama kenalan untuk menambahnya.

    PetuaAnda boleh mengedit nama kenalan utama (untuk senarai digabungkan), atau memadam atau mengubah lain-lain maklumat kenalan jika perlu.
  6. Sentuh Selesai.

Untuk membalikkan proses ini, buka kenalan yang digabungkan dan sentuh > Edit. Kemudian sentuh > Asingkan.

Padam kenalan

Anda boleh memadam kenalan yang diwujudkan dan disimpan pada telefon anda. Jika kenalan disegerakkan daripada akaun rangkaian sosial, anda perlu memadam kenalan dalam akaun tersebut. Contohnya, kenalan Facebook mesti dipadam daripada dalam akaun Facebook anda. Atau sembunyikan kenalan Facebook pada telefon anda dengan menapis senarai kenalan anda.

  1. Sentuh > .
  2. Sentuh nama orang itu.
  3. Sentuh > Padam dan sahkan pemadaman.

global-ms-my-ms-my-3309-444 2015-04-15T16:26:50