Ambil, kongsi dan cetak foto

Menangkap detik kenangan sebelum ia berlalu. Kamera anda membenarkan lebih cahaya masuk untuk foto lebih jelas, lebih terperinci dan lebih bertenaga, walaupun dalam cahaya malap. Dan apabila anda sudah bersedia untuk menangkap, sentuh skrin pemidang tilik di mana sahaja untuk menangkap gambar.

Ambil foto

  1. Buka kamera:

    • Kuis telefon anda dua kali dari mana-mana skrin untuk segera membuka kamera.
    • Atau, sentuh > Kamera.
  2. Tetapkan kamera:

    • Untuk bertukar antara kamera menghadap depan dan menghadap belakang, sentuh .
    • Untuk menukar tetapan kamera, leret pemidang tilik ke kanan dan luncurkan roda tetapan untuk mengakses pilihan. Untuk menutup tetapan, leret ke kiri.
  3. Bingkaikan subjek anda:

    • Untuk mengezum, seret pemidang tilik ke atas dan ke bawah.
    • Untuk menukar lokasi fokus, seret pengatup untuk menetapkan fokus. (Anda perlu menghidupkan terlebih dahulu dalam tetapan kamera.)
  4. Sentuh di mana sahaja pada pemidang tilik untuk menangkap foto. Untuk menangkap berterusan, sentuh & tahan; tangkapan anda akan dikira pada pengatup.
PetuaJika foto kelihatan kabur, bersihkan kanta dengan kain lembut dan kering dan ambil semula foto.

Untuk melihat foto dan video yang diambil, leretkan pemidang tilik ke kiri. Anda juga boleh melihat foto menggunakan apl Galeri atau Foto atau apl foto yang anda pasang.

Untuk kembali ke Galeri dari imej atau video yang dibuka, sentuh skrin, kemudian sentuh . Untuk membuka Galeri dari skrin utama anda, sentuh > Galeri.

Beritahu telefon anda untuk mengambil foto

Jika anda telah menyediakan Moto Voice, anda boleh beritahu telefon anda untuk mengambil foto:

  1. Sebutkan ungkapan pelancar anda.
  2. Sebut salah satu yang berikut:

    • “Ambil foto.” Kamera menghadap ke belakang akan terbuka dan mengira detik sebelum mengambil gambar.
    • “Take a selfie.” Kamera menghadap ke depan akan terbuka dan mengira detik sebelum mengambil gambar.

Kongsi foto yang baru sahaja anda ambil

  1. Leret skrin pemidang tilik ke kiri, dan sentuh foto untuk berkongsi.
  2. Sentuh .
  3. Pilih cara berkongsi yang anda inginkan.

Anda juga boleh menyalin foto ke dalam komputer anda menggunakan kabel USB.

Atau, gunakan Droid Zap untuk menghantar foto dan video dengan serta-merta kepada rakan yang berhampiran. Muat turun Droid Zap secara percuma dari Play Store.

Cetak foto

Untuk menghantar foto ke pencetak atau mencipta PDF:

  1. Buka foto.
  2. Sentuhnya, kemudian sentuh > Cetak.

global-ms-my-ms-my-3309-444 2015-04-15T16:26:50