Cipta filem tumpuan bagi foto dan video

Aplikasi Galeri secara automatik menggabungkan foto dan klip video terbaik anda daripada suatu acara menjadi filem tumpuan yang anda boleh simpan, sesuaikan dan kongsi dengan rakan. Anda juga boleh mencipta secara manual filem tumpuan jika anda ingin menggabungkan tarikh acara atau anda tidak mempunyai kandungan tumpuan yang mencukupi bagi Galeri untuk mencipta filem tumpuan secara automatik.

Menanda foto dan video anda dengan geo-tag membantu Galeri mengatur foto anda dengan lebih baik untuk filem tumpuan.

Simpan dan kongsi filem tumpuan

  1. Sentuh > Galeri.
  2. Sentuh > Tumpuan.
  3. Lakukan salah satu yang berikut:

    • Cipta filem tumpuan daripada satu tarikh. Sentuh tarikh acara. Jika terdapat foto dan video yang mencukupi, Galeri akan mencipta filem tumpuan secara automatik dan memainkan pratonton di bahagian atas folder tarikh acara; sentuh pratonton atau untuk membukanya. Jika tidak, sentuh untuk mencipta filem tumpuan secara manual.
    • Cipta filem tumpuan daripada berbilang tarikh. Sentuh & tahan folder tarikh acara untuk memilihnya. Kemudian sentuh .
  4. Tambah tajuk.
  5. Sentuh Pilihan Selanjutnya dan lakukan mana-mana yang berikut:

    • Untuk menukar panjang filem, sentuh .
    • Untuk menukar foto atau klip video mana yang dimasukkan, sentuh .
    • Untuk menukar pilihan audio (seperti pilihan lagu, penggunaan audio klip video, atau mengalih keluar bunyi), sentuh .
  6. Sentuh Simpan Filem Tumpuan.
  7. Sentuh kualiti, kemudian sentuh Simpan.
  8. Untuk berkongsi dengan segera, sentuh Kongsi. Untuk berkongsi kemudian, dalam Galeri, sentuh imej kecilnya dan sentuh .

Padam filem tumpuan

  1. Sentuh > Galeri.
  2. Cari filem tumpuan dan sentuh imej kecilnya.
  3. Sentuh .

global-ms-my-ms-my-3309-444 2015-04-15T16:26:50